Bagaimana order diproses?
Erieqa Shoppe hanya akan proses penghantaran setelah
- Pembayaran penuh diterima
- Maklumat lengkap penerima diterima
Bila saya akan terima order saya?
Kebiasaannya proses terima parcel/item makan masa paling cepat 1-2 hari bekerja sekiranya dalam bandar. Walaubagaimanapun sekiranya lokasi penerima berada di luar kawasan bandar, ada kemungkinan penerima akan terima dalam masa 3-4 hari bekerja dari tarikh penghantaran diproses.
Bagaimana jika saya tiada di rumah sewaktu penghantaran dibuat?
Sekiranya penerima tiada di alamat yang dinyatakan ketika penghantaran dibuat, penerima perlu self-collect di pejabat pos berhampiran. Sila sertakan bersama tracking no. bagi belian anda untuk memudahkan proses self-collect.
Bagaimana saya hendak mengetahui samada belian saya telah diproses untuk penghantaran atau tidak?
Sebaik butiran pembayaran dan penerima telah diterima, kami akan hubungi anda semula dalam tempoh 24 jam dan setelah pembayaran disahkan, penghantaran akan dibuat samada pada hari yang sama atau keesokan harinya.
*Penghantaran hanya akan diproses pada hari bekerja